Daripada novel asal Tow Ubukata pada tahun 2016 iaitu Juni-nin no Shinitai Kodomo-tachi atau dikenali sebagai 12 Suicidal Children, kisah ini bakal diadaptasi ke filem live action yang dijangka tayangan pada 25 Januari 2019.
Mendapat sentuhan pengarah Yukihiko Tsutsumi yang pernah mengarah filem live action 20th Century Boys, ia menampilkan pelakon seperti Hana Sugisaki (Bleach), Mackenyu (JoJo’s Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable), Mahiro Takasugi (I Want To Eat Your Pancreas) & ramai lagi.
Ceritanya mengisahkan 12 budak yang mahu menamatkan riwayat diorang di sebuah bilik kat hospital terbiar. Tak disangka dalam bilik tersebut sudah mempunyai mayat seorang lelaki yang tidak dikenali. Adakah ini akan menjadikan jumlah kematian tersebut kepada 13 orang atau misteri lain akan berlaku?!
Juni-nin no Shinitai Kodomo-tachi juga pernah dikeluarkan versi manga pada tahun 2017 oleh Takatoshi Kumakura.
Laman web filem live action Juni-nin no Shinitai Kodomo-tachi: http://wwws.warnerbros.co.jp/shinitai12/
Sumber: Natalie melalui Animenewsnetwork
© 2019「十二人の死にたい子どもたち」製作委員会