Seperti dikhabarkan bahawa sekuel daripada filem live action Tokyo Ghoul pada tahun 2017 telah diberi lampu hijau & nampaknya kini sedang rancak berada dalam proses pembikinan. Dengan judul tak rasmi iaitu Tokyo Ghoul 2, filem ini mendedahkan imej terkini (gambar tertera di bawah) menampilkan protagonisnya iaitu Ken Kaneki (Masataka Kubota).
Mungkin ramai merasakan masih tidak ada apa-apa untuk dilihat malah tidak cukup ‘berdarah’ pun pada gambar ini tetapi jangan bimbang kerana pihak produksi juga mendedahkan tarikh keluaran pada musim panas tahun 2019. Apabila masa semakin dekat, akan lebih banyak info diupdate nanti.
Pada awal bulan November 2018 juga telah ditunjukkan gambar di set penggambaran terowong besar untuk filem sekuel ini.
Filem live action Tokyo Ghoul diarahkan oleh Kentaro Hagiwara. Filem pertama mendapat hasil yang memberangsangkan dengan kutipan box office berjumlah ¥1.1 billion/±RM40.3 juta. Ia diadaptasi daripada manga fantasi aksi seram ciptaan Sui Ishida dari tahun 2011 sehingga 2014.
Laman web filem: http://tokyoghoul.jp/
Sumber: Laman Twitter filem live action Tokyo Ghoul
© Sui Ishida/Shueisha
© “Tokyo Ghoul” Production Committee
FILEM SEKUEL LIVE ACTION TOKYO GHOUL DIBERI LAMPU HIJAU!
Diumumkan sekuel filem live action kepada Tokyo Ghoul berjudul Tokyo Ghoul 2…