Para pemilik koleksi peribadi permainan mecha Transformers/TF tempatan, terutamanya di bahagian utara Malaysia dengan kerjasama MFV serta Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah bersama anjurkan pameran istimewa Fan Inspired Event – Transformers Collections Exhibition/TCE. Berlangsung pada 29 dan 30 Disember 2018 lalu, acara kali ke-2 dianjurkan ini telah disambut meriah bukan sahaja menerusi bilangan koleksi permainan TF dipamerkan malahan juga dengan pelbagai aktiviti sampingan menarik disediakan.
Transform & Roll Out!
Pengunjung teruja dengan aneka koleksi figura dipersembahkan. Sebanyak 300 ke 400 aneka model aksi TF daripada pelbagai siri animasi serta filem adaptasi telah dipamerkan di sini. Semoga TCE dapat memberi manfaat kepada semua peminat!
Figura Transformers Masterpiece bersama komputer semi-sentient Teletraan I masuk pameran.
Koleksi eksklusif Transformers Masterpiece Golden Lagoon.
Barisan figura siri Transformers Galaxy Force dan Transformers Energon.
Transformers Robot In Disguise, Combiner Wars dan Cyberverse.
Turut tarik perhatian koleksi filem live action Transformers: The Last Knight dan Transformers: Age of Extinction.
Tapak buat booth jualan hobi para pengumpul turut disediakan.
Demonstrasi v’game Transformers Devastation (PlayStation 4) dan cabaran tembak Decepticons guna NERF Blaster.
Pengunjung cilik turut dihiburkan dengan pertandingan mewarna, kuiz serta cabaran TF Robot Transformation.
Sambil bersantai, peminat diundang menyaksikan tayangan screening filem TF sambil terlibat sama dalam lelongan istimewa koleksi pengumpul.
FAN INSPIRED EVENT – TRANSFORMERS COLLECTIONS EXHIBITION
Lokasi: Concourse utama, Mydin Mall Bukit Mertajam, Prai, Pulau Pinang
Tarikh: 29 – 30 Disember 2018
Masa: 11.00 AM – 8.00 PM
Bayaran masuk: Percuma
Penganjur pameran, En. Muhammad Anis Fakhri
(pengurus M.A.Fakhri Venture/MFV). >>
FaceBook: M.A.Fakhri. Inc
© 2019 M.A.FAKHRI
© Transformers