Siapa pernah main game Half-Life? Rasanya peminat pun dah ‘separuh nyawa’ menunggu ketibaan game seterusnya dari francais ini!
Baru-baru ni, pembina asalnya Valve Corporation umumkan game Half-Life: Alyx. Game VR ini akan bentangkan lebih lanjut pada 22 November nanti. Berita ini disampaikan melalui Twitter rasmi Valve sendiri pada hari ini, 19 November yang juga tanda Ulang Tahun ke-21 Half-Life.
We’re excited to unveil Half-Life: Alyx, our flagship VR game, this Thursday at 10am Pacific Time.
Can’t wait to share it with all of you! pic.twitter.com/BupFCxSrTw
— Valve (@valvesoftware) November 18, 2019
Namun, adakah Valve akan maklumkan perkembangan game Half-Life seterusnya? Sama ada Half-Life 3 atau Half-Life 2: Episode Three? Ataupun memang akan berhenti selamanya? Tak mengapa, tunggu Khamis nanti, okey?
Sumber: PC Gamer
Laman web rasmi Half-Life
© 1998-2019 VALVE CORPORATION