Volum kali ni gempak juga. Mana taknya, Cikgu Batman makin menjadi-jadi. Nak popular punya fasal, sanggup dia tukar imej. Lepas tu kena kecam. Kacang macam biasalah, sibuk nak jadi hensem demi memikat hati Jessica. Hidup segan mati tak mahu je dia menuntut ilmu dengan pak cik hensem. Bejaya ke tidak tu?
Labu? Dia tu tahu makan je. Agaknya Ashley yang dari dulu masuk latihan memandu tu berjaya dapat lesen ke tak, ya? Eh seriuslah Alex gigih cari buah hati? Ramai jugalah gadis setuju nak dating dengan dia. Tapi dapat ke tidak tu belum tentu! Mak dan ayah kacang pun macam-macam drama. Tak habis-habis gaduh, lepas tu acah-acah romantik. Oh ya, ada babak misteri bila muncul cikgu baru kat pusat tuisyen kacang.
Dapatkannya di Gempak Starz™ eStore sekarang.
Reviews
There are no reviews yet.